15 November, 2008

SAMUDRA Naib Johan Kejohanan Bola Tampar Bawah 11 Tahun Selangor

Pada 6 dan 7 Nov 2008, SK Taman Samudra telah membariskan 10 orang pemain di bawah umur 11 tahun untuk menyertai Kejohanan Bola Tampar Bawah 11 Tahun (Jemputan) Negeri Selangor di SJK ( C ) Dengkil, Sepang, Selangor.
Pertandingan yang kali pertama diadakan ini telah menobatkan SAMUDRA sebagai naib johan.
Syabas dan tahniah!

10 November, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Taman Samudra akan diadakan seperti berikut.

Tarikh: 12 November 2008 (Rabu)
Masa : 9 - 12.30
Tempat: Dewan Seminar.

23 October, 2008

Program Motivasi di Kem Wardieburn


Pada 22 Oktober 2008, Rabu, seramai 75 orang murid telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Program sehari ini merangkumi segala aspek termasuk motivasi kepimpinan, disiplin, demonstari perangkap, halangan dan permainan serta kerohanian. Seramai 5 orang guru telah dipertanggungjawabkan untuk mengiring peserta sepanjang program berlangsung iaitu:
1) Pn. Azlina binti Jaflus
2) Pn. Siti Hawa binti Yaacob
3) En. Micheal a/l Yardinadan
4) En. Sahrum bin Ab. Sani
5) En. Muhammad Yazid bin Sulaiman

En. Azman binYahya, selaku Kem Komandan merangkap Pegawai Waran 1 telah membariskan 15 orang jurulatih/fasilitator yang berkaliber untuk mengawasi keagresifan dan keceriaan peserta. Program yang penuh bermakna ini telah berlangsung dengan cemerlang dari pukul 8.00 a.m - 10.30 p.m.

04 September, 2008

UPSR 2008

Tarikh: 9 Sept - 11 Sept 2008
Hari: Selasa - Khamis
Bil Calon Berdaftar: 148 orang (2 berpindah)
Bil Calon Terkini: 146 orang

Tentatif UPSR 2008:
Hari Pertama (Selasa-09/09/2008):
8.10 - 9.00 a.m.: Bahasa Melayu - Ujian Pemahaman SK
9.40 - 10.55 a.m.: Bahasa Melayu - Ujian Penulisan SK
11.40 - 12.20 p.m.: Matematik Kertas 2 SK

Hari Kedua (Rabu-10/09/2008):
8.10 - 9.10 a.m.: Matematik Kertas 1 SK

Hari Ketiga (Khamis-11/09/2008):
8.10 - 9.25 a.m.: Sains SK
10.10 - 11.00 a.m.: Bahasa Inggeris Kertas 1 SK
11.40 - 12.55 p.m.: Bahasa Inggeris Kertas 2 SK

Pencapaian Percubaan UPSR 2008:
1) Khairil Ikhwan bin Ahmad Zahli (6 Amanah)
2) Muhammad Firdaus bin Mazli Hishman (6 Amanah)
3) Elis Syafiqah binti Hamdan (6 Amanah)
4) Shamini a/p Gopi (6 Bestari)

Pencapaian 5 A 2007 - 30 orang
Pencapaian 5 A 2008 - ___ ? ___

Solat Tarawikh di Surau SKTSA

Solat Tarawikh ibadah istimewa, hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan al-Mubaarok...

Jawatankuasa Surau dengan kerjasama PIBG SK Taman Samudra sekali lagi berpadu tenaga untuk memakmurkan malam-malam Ramadhan dengan menganjurkan Solat Tarawikh. Tahun ini adalah tahun ke-5 program ini dilaksanakan yang mensasarkan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid SKTSA.

Selesai Solat Tarawikh dan Witr, moreh disediakan hasil kutipan sumbangan dari guru dan ibu bapa.

Moga ibadah puasa kali ini lebih diberkati Allah S.W.T., insya Allah..

02 September, 2008

Kumpulan Nasyid SKTSA (D'Ehsan)_Buat 'Demo-Tape'

Kumpulan Nasyid SKTSA, D'Ehsan yang telah menjadi Johan Daerah MTQ dan Ke3 Selangor telah diberi kepercayaan untuk menyediakan 'demo-tape' untuk menyanyikan 2 lagu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk:
1) Gunakan Masa 2) Peribahasa.
Jika pihak DBP bersetuju dengan hasil rakaman yang telah dibuat, maka suara D'Ehsan mungkin akan kedengaran di corong-corong radio atau lagu nyanyian mereka akan menjadi siulan murid-murid sekolah rendah seMalaysia, insya Allah.
Recording telah dilakukan di Studio Hush / Yasin di Condominium Casa Indah, Kota Damansara pada 31 Ogos 2008 (Ahad) pada pukul 1.oo p.m. - 6.00 p.m.
Dikendalikan oleh:
1) Bro. Faiz (Kumpulan Nasyid Brotherz),
2) En. Shahrani (technician / programmer) dan
3) Disaksikan oleh Cikgu Yazid
Ahli-ahli D'Ehsan:
Faizul (6A), Asrul (6D), Fitri (6C), Naim (6C), Hafiz (6C), Hisyam (6B),
Zulfadhli (5A), Farhan (5A), Hamdin (5A), Arief (Semerbak - crew), Zulfikri (4A-crew)

Video candid latihan Lagu Peribahasa sebelum recording...Ada beberapa lagi video berkaitan D'Ehsan-http://ie.youtube.com/Boolann

26 August, 2008

JOHAN Karnival Tunas Mini Olimpik B. Tampar 2008

Gombak jadi JOHAN Tunas B Tampar Lelaki 2008
Tarikh pertandingan : 15 dan 16 Ogos 2008
Tempat pertandingan: Shah Alam
Wakili Gombak:
1) Muhammad Zulfikri bin Madzlan (SK Tmn Samudra, SKTSA)
2) Nazmie bin Kariya (SKTSA)
3) Muhammad Nur Syazwan bin Zaihan (SKTSA)
4) Nabil Asyraf bin Zaki (SKTSA)
5) Muhamad Fathi bin Yazid (SKTSA)
6) Muhammad Sukry bin Jasli (SKTSA)
7) Aminullah bin Ibrahim (SKTSA)
8) Muhamad Faiz Asyraf bin Md Rashid (SK Klang Gate)

Pengurus: En. Yew Kok Yan (SJK (c) Desa Jaya)
Jurulatih: En. Muhammad Yazid bin Sulaiman (SKTSA)
Anugerah pemain terbaik kejohanan:
Muhammad Zulfikri bin Madzlan (SKTSA)
SKTSA juga membariskan seramai 4 orang pemain perempuan mewakili Gombak. Namun, nasib tidak menyebelahi..

25 July, 2008

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dengan AJK PIBG

Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu)
Jam: 9 pagi
Tempat: Bilik Seminar Sekolah

(Surat telah diedarkan melalui murid tahun enam).

18 July, 2008

Korobori Pengakap Kanak-Kanak (Klik gambar untuk besarkan)




Korobori Pengakap Kanak-Kanak Negeri Selangor diadakan mulai 18-21 Julai 2008. SK Taman Samudra telah menghantar seramai 20 orang Pengakap Kanak-Kanak ke korobori tersebut. Korobori ini menekankan kepada latihan dan ujian lencana-lencana pengakap kanak-kanak.

14 July, 2008

Ujian Bulanan Bulan Julai

Ujian Bulanan Bulan Julai akan bermula pada 15 Julai sehingga 18 Julai. Pastikan anak-anak kita bersedia menempuh ujian ini.

Program Bulan Kecergasan Sekolah 2008





Program Bulan Kecergasan Sekolah 2008 telah dirasmikan oleh YDP PIBG pada 14 Julai 2008. GB SK Taman Samudra, Cikgu Omar dalam ucapannya telah menegaskan kepada warga SK Taman Samudra tentang pentingnya mengekalkan kecergasan dalam kehidupan seharian. YDP PIBG dalam ucapan perasmiannya menegaskan tentang tiga eleman penting dalam mengekalkan kecergasan iaitu 1) Air yang Bersih 2) Makanan yang Berkhasiat 3)Udara yang Bersih. Disamping itu senaman juga penting untuk kecergasan. Di samping itu, upacara menanam pokok, senamrobik dan berbagai acara yang diatur selama sebulan.

Program Mentor - Mentee

Program Mentor - Mentee SK Taman Samudra telah di lancarkan secara rasmi only YDP PIBG pada 7 July 2008. Murid-murid Tahun 6 (Mentee) yang terpilih telah diberikan Mentor (Guru-guru) untuk mereka mendapat panduan serta bimbingan secara terus. Program ini yang telah dimulakan pada tahun 2007 diharap akan dapat memberi lonjakkan kecemerlangan kepada murid-murid yang terpilih.

04 May, 2008

Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Untuk makluman kesemua ibubapa sekelian, peperiksaan pertengahan tahun sekolah akan diadakan mulai 13 Mei ini. Diharap semua ibubapa dapat membuat persediaan demi kecemerlangan anak-anak kita.

08 April, 2008

Sukaneka Tahap 1 dan Sukan Tahunan SKTSA 2008


Sukaneka Tahap Satu SK Taman Samudra telah diadakan pada hari Sabtu Lepas 5 April 2008 dengan sungguh meriah sekali. Murid-murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 telah bertanding dalam sukaneka tersebut. Acara Ibubapa juga mendapat sambutan. Di akhir sukaneka, acara tarik tali antara pasukan bapa dan guru telah diadakan. Acara tersebut dimenangi oleh pasukan Guru. Untuk makluman semua, Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Samudra tahun ini akan diadakan di Stadium Utama, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada hari Ahad ini 13 April 2008 jam 8 pagi. Semua dijemput hadir.

07 April, 2008

Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan SKTSA Johan Daerah Gombak


Pada pertandingan akhir Kejohanan Bola Tampar Daerah Gombak yang berlangsung di SKTSA pada 1-3 April yang lalu, Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan SK Taman Samudra telah menjadi Johan Daerah. Seramai 6 pemain lelaki dan 6 pemain perempuan telah terpilih mewakili daerah ke peringkat MSSS.
Pasukan Gombak Lelaki telah menjadi JOHAN Negeri Selangor buat pertama kalinya. Seramai 4 murid lelaki dan seorang perempuan dari SKTSA telah dipilih mewakili Selangor ke MSSM, IpohNamun, Selangor tidak berjaya mendapat sebarang tempat...

31 March, 2008

Mesyuarat J/K PIBG Sesi 2008/09 yang pertama

Mesyarat Jawatankuasa PIBG yang pertama telah diadakan pada hari Sabtu 29 Mac 2008 dan di hadiri oleh hampir kesemua ahli Jawatankuasa. Sesi pengenalan dan perbincangan usul-usul menjadi topik utama perbincangan. Minit mesyuarat akan di lampirkan didalam blog in kemudian.

26 March, 2008

SKTSA Johan Daerah Bola Baling Perempuan

Pasukan Bola Baling Perempuan SKTSA menjadi johan Daerah pada perlawanan yang di adakan di SK Taman Selaseh pada 31 Mar 2008. Pasukan lelaki pula menjadi Naib Johan pada pertandingan peringkat Zon.

24 March, 2008

Pasukan Hoki SKTSA layak ke suku akhir MSSD Gombak


Pasukan Hoki Lelaki SKTSA yang membuat kemunculan pertama didalam sejarah kejohanan hoki MSSD (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah) Gombak berjaya melayakkan diri ke suku akhir kejohanan yang berlangsung di Padang Astroturf, UIAM Gombak. Pasukan ini melayakkan diri setelah menjadi Naib Johan kumpulan D.

Dalam pertandingan suku akhir, SKTSA tewas tipis 1-0.

15 March, 2008

SKTSA Tuan Rumah Kejohanan Bola Tampar Zon Gombak


Untuk makluman semua, SK Taman Samudra telah terpilih sebagai Tuan Rumah Kejohanan Bola Tampar Zon Gombak yang akan diadakan pada 17-18 Mar 2008. SKTSA akan menjadi Tuan Rumah kepada Kejohanan Bola Tampar Dearah Gombak yang akan diadakan pada 1-2 April, 2008.

SKTSA telah menjadi johan zon bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

13 March, 2008

Usul Bertulis Mesyuarat Agung 2008

Sepertimana yang dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat agung, usul bertulis dari tuan-tuan dan puan-puan sekelian akan dibincangkan didalam mesyuarat Jawatankuasa pertama.


USUL-USUL BERTULIS

1. Prestasi Akademik
1.1 Memberi perhatian yang lebih terhadap murid yang lemah. (Pn.Sulastri bt. Samaun)
1.2 Program Mentor-mentee patut diteruskan.(Pn.Alina bt. Osman)
1.3 Buat latih tubi karangan pendek Bahasa Inggeris secara hafalan dan tulis semula untuk
meningatkan penguasaan murid bagi subjek Bahasa Inggeris.(Pn.Alina bt. Osman)

2.Sekolah,Kebajikan,Kerohanian
2.1 Mewujudkan sekolah satu sesi.(Pn.Malinda bt. Zainal & En. Ahmad Zikri b. Othman)
2.2 Mengadakan program-program untuk menambah dana/tabung PIBG samada berbentuk
kutipan atau sebagainya. (Pn.Malinda bt. Zainal)
2.3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sepatutya diberi pada waktu rehat.(En.Desa b. Saad)
2.4 Murid tahun 3 tak sepatutnya diwajibkan menyertai kokurikulum. Baju seragam juga tak
sepatutnya diwajibkan. Memadai dengan t-shirt seragam. Membazir duit beli baju untuk dipakai sekejap sahaja. (En.Anisam b. Othman)
2.5 Waktu persekolahan terlalu panjang terutama hari Rabu kerana waktu persekolahan agama
bermula jam 2.30 petang.(En.Ahmad Zikri b. Othman)
2.6 Jika boleh latihan sukan patut diadakan pada hari sabtu kerana bagi semua murid-murid dari Rumah Silaturahim Nurul Qanaah menghadiri KAFA di waktu petang.(Pn.Zainab bt. Ahmad)
2.7 Pihak PIBG dan sekolah perlu mengambil berat tentang harga makanan di kantin.
(En.Ahmad Zubir b. Saarani)
2.8 Ibu bapa tidak perlu menunggu anak-anak semasa sesi pembelajaran berlangsung terutama
anak di tahun 1, latih mereka untuk berdikari (En.Mohammad Rosli b. Che Abdullah)
2.9 Mendaftarkan pemandu dan syarikat bas sekolah di sekolah agar mereka terikat dengan syarat dan peraturan, contohnya pemandu perlu awal kerana ia mengakibatkan murid lewat ke sekolah. (Pn. Syaripah bt. Mat)
2.8 Pihak sekolah menimbang semula sesi persekolahan bagi murid tahun 2 di waktu petang
kerana bagi murid tahun 2 yang tinggal di Pinggiran Batu Caves sukar mendapatkan bas sewaktu pulang dari sekolah. Pihak syarikat bas memaklumkan tidak mahu menanggung kerugian kerana bilangan murid hanya 3 orang (Pn.Shalina bt. Tukiran)

3.Keselamatan & Kebersihan
3.1 Satu tindakan mesti diambil berkenaan anjing liar di kawasan sekolah.Pertingkatkan tahap
keselamatan terutama masalah pagar yang senang dibolosi. Anjing liar mengancam
keselamatan murid dan masalah najis(Pn. Noor Zaliza bt. Md.Khir & En.Mohamad Rosli b. Che
Abdullah)
3.2 Membina lampu isyarat untuk murid melintas jalan.(En.Khirulzaman b. Mohd Jamil)
3.2 Membina ‘bumper’ di jalan utama Samudra. .(En.Khirulzaman b. Mohd Jamil)
3.4 Garisan ‘zebra’untuk kanak-kanak melintas.(En.Khirulzaman b. Mohd Jamil)
3.5 Membincang dan membahaskan perihal isu-isu keselamatan murid-murid serta menerapkan struktur pemikiran keselamatan selaras demi mencapai tahap negara maju dalam erti kata yang sebenarnya. (En. Saufi b. Ahmad @ Mohamed)
3.6 Berdasarkan isu semasa tentang kes penculikan, pihak sekolah patut mempertingkatkan tahap keselamatan. Murid-murid tidak perlu dibiarkan berada di luar pagar sekolah tanpa
pengetahuan pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan perlu lebih berfungsi.
(Pn.Habibah bt. Jemari)
3.7 Ibu bapa dan guru digalakkan menyumbang pokok-pokok bunga bagi tujuan keceriaan landskap sekolah.(Pn.Alina bt. Osman)

10 March, 2008

Mesyarat Agung PIBG Sesi 2008/2009

Mesyuarat Agong PIBG sesi 2008/2009 telah diadakan pada 23 February 2008 bertempat di Dewan Seminar, SK Taman Samudra. Senarai J/K baru akan di masukkan ke laman blog in kemudian. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi YDP di alamat email berikut:

Nama: Malek Amir Azmin Bin Abdul Aziz
No Tel: 012-3325433
Email: malekazminaziz@yahoo.com

Atau Setiausaha PIBG
Nama: Cikgu Masri
No Tel Sekolah: 03-6186 6649
Email: bdybds@yahoo.com