17 September, 2009

HARI KHATAM AL-QURAN SKTSA & PENYERAHAN BANTUAN

Hari ini, SKTSA menganjurkan Hari Khatam Al-Quran 2009 dan Hari Penyerahan Bantuan kepada murid-murid yang 'layak'...

SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
"kullu 'aam, wa antum bikhair"

09 September, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PIBG & SKTSA

Jemput la beramai-ramai ke MAJLIS BERBUKA PUASA anjuran PIBG & Sekolah Kebangsaan Taman Samudra seperti berikut:

Tarikh: 10 September 2009 (Hari ini)
Masa: 7.00 - 10.15 malam

Tentatif:
7.18 - berbuka di Surau SKTSA
7.20 - Solat Maghrib berjemaah
7.30 - jamuan di kantin SKTSA
8.30 - Solat Isyak berjemaah
9.00 - Solat Tarawikh berjemaah
9.45 - moreh
10.15 - bersurai

17 August, 2009

KEJOHANAN TUNAS MINI OLIMPIK DAERAH GOMBAK 2009

Nama Kejohanan: Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) MSSD Gombak 2009
Status Kejohanan: Tahunan dan diwujudkan untuk murid 10 tahun dan ke bawah

Spesifikasi:
Pengerusi Permainan KATMO B. Tampar 2009: SK Taman Samudra
Tempat Kejohanan: Dewan Abu Bakar Ali Basha, SK Klang Gate
Tarikh Kejohanan: 11 Ogos 2009
Kategori: Lelaki dan Perempuan

Keputusan:
Pasukan Lelaki SKTSA: JOHAN
Pasukan Perempuan SKTSA: NAIB JOHAN

08 June, 2009

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLA-SEKOLAH MALAYSIA 2009


Tarikh: 3 Jun - 7 Jun 2009
Tempat: Gelanggang Bola Tampar MSS Kelantan,
Kompleks Sukan MSS Kelantan, Kota Bharu

Pencapaian:
1) Lelaki Bawah 12 Tahun: Ke3 Malaysia
2) Perempuan Bawah 12 Tahun: Ke4 Malaysia
3) Lelaki Bawah 18 Tahun: Johan Malaysia
4) Perempuan Bawah 18 Tahun: Ke5 Malaysia

Setelah sekian lama menanti, Kontinjen Bola Tampar Selangor 2009 telah berjaya mengukir sejarah 'manis' dengan meraih pencapaian tersebut di atas.

SKTSA telah membariskan 4 murid lelaki, 1 murid perempuan dan 1 guru sebagai antara pemain dan pegawai terlibat mencatat sejarah:

1) Muhammad Aiman bin Md Kamil
2) Zubayr bin Zubaidi
3) Muhammad Zulfikri bin Madzlan
4) Muhammad Nur Syazwan bin Zaihan
5) Nurul Anisa binti Desa

6) En. Muhammad Yazid bin Sulaiman
Penolong Jurulatih Pasukan Lelaki Bwh 12

Syabas dan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga Allah S.W.T. memberkati segala usaha dan menganugerahkan kecemerlangan dan kegemilangan yang berterusan khasnya kepada sekalian warga SKTSA tercinta....Amin

17 May, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Saya mewakili ibubapa SK Taman Samudra mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SK Taman Samudra. Kami mengucapkan bebanyak-banyak terimasih kerana begitu berdedikasi mendidik anak- anak kami. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Terima Kasih Cikgu

YDP dan AJK PIBG sekelian.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSS 2009

Tarikh: 11 - 15 Mei 2009
Tempat: SJK (C) Chung Wah, Sasaran,
Kuala Selangor


Spesifikasi:
a) 11-13 Mei 2009 -
Kejohanan Perempuan Bawah 12 Thn

b) 13 - 15 Mei 2009 -
Kejohanan Lelaki Bawah 12 Thn


Keputusan:
a) Perempuan: Ketiga Negeri Selangor
b) Lelaki: Johan Negeri Selangor

Anugerah Individu Yang Diraih oleh Gombak:
a) Pengumpan Terbaik Lelaki / Best Setter:
Muhammad Zulfikri Madzlan (SKTSA - 5IS)

b) Perejam Terbaik Lelaki / Best Spiker:
Muhammad Aiman bin Md Kamil (SKTSA - 6IK)

Pegawai / Guru SKTSA Yang Terlibat:
1) En. Omar Amiah bin Che Ngah, GB merangkap Ketua Kontinjen Rendah
2) En. Muhammad Yazid bin Sulaiman, Pengerusi Teknik & Jurulatih Lelaki
3) En. Zamzary Axmal bin Rahaman, Penolong Jurulatih Perempuan
4) En. Sahrum bin Ab. Sani, Penolong Pengurus Pasukan Lelaki
5) Cik Ummi Hariyani binti Mohd Baharuddin, Pengurus Pasukan Perempuan

* Tahniah dan syabas! Pasukan Perempuan Gombak sekali lagi meraih tempat ketiga, manakala Pasukan Lelaki dinobatkan sebagai johan untuk kali kedua, selama dua tahun berturut-turut. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan semua pihak. Allah Maha Adil dan Berkuasa atas sesuatu, Dialah sahaja yang mampu membalas KEIKHLASAN yang diberikan..

26 April, 2009

NAIB JOHAN FESTIVAL NASYID SELANGOR 2009

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2009

Tarikh: 24 - 26 April 2009

Tempat: Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

Acara: Festival Nasyid Selangor 2009


Keputusan: Naib Johan Nasyid Selangor 2009

Anugerah Khas: Ciptaan Lagu & Lirik Terbaik Negeri Selangor 2009

Ciptaan: Muhammad Yazid bin Sulaiman


Penasyid:
1) Muhammad Zulfadhli bin Zainol 6IS
2) Nurhamdin Zarif bin Mohamad Zaki
6IS
3) Farhan Farizwan bin Fairos 6IS
4) Zubayr bin Zubaidi 6IS
5) Muhammad Aiman bin Md Kamil 6IK
6) Muhamad Fathi bin Yazid 5IS
7) Nabil Asyraf bin Zaki 5IS
8) Muhammad Nur Syazwan bin Zaihan 5IK
9) Muhammad Zulfikri bin Madzlan 5IB

*
D'Ehsan (Kumpulan Nasyid SK Taman Samudra) telah berjaya mewakili Daerah Gombak mulai 2006 hingga 2009. Selama 4 tahun mencuba dalam acara Festival Nasyid Negeri Selangor, D'Ehsan telah berjaya mendapat tempat ke3 2008 dan pada tahun ini, 2009 sebagai naib johan. Moga Allah S.W.T. memberkati segala usaha, perjuangan dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak kepada D'Ehsan...Amin!

15 April, 2009

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD GOMBAK 2009

Tarikh: 14 & 15 April 2009
Masa: 8 a.m. - 5 p.m.
Tempat: SK Taman Samudra

Keputusan:
1) Pasukan Perempuan SKTSA: NAIB JOHAN
2) Pasukan Lelaki SKTSA: JOHAN

Pemain SKTSA yang terpilih mewakili Pasukan Daerah Gombak Ke Kejohanan Bola Tampar MSSS 2009 pada 11 - 15 Mei 2009 di Kuala Selangor:

Perempuan (4 orang):
1) Siti Norwahidah binti Mohd Khairudin
2) Nurul Anisa binti Desa
3) Che Amira Izzati binti Che Man
4) Siti Ajeerah Nur binti Halimi

Lelaki (7 orang):
1) Muhammad Zulfadhli bin Zainol
2) Muhammad Aiman bin Md Kamil
3) Zubayr bin Zubaidi
4) Muhammad Zulfikri bin Madzlan
5) Muhammad Nur Syazwan bin Zaihan
6) Muhamad Fathi bin Yazid
7) Muhammad Sukry bin Jasli

Syabas dan tahniah!



03 April, 2009

TEMASYA Sukan Tahunan SKTSA Kali Ke-14 2009

Tarikh: 5 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pg
Tempat: Padang SKTSA

Perasmi: Tn. Syed Anuar bin Syed Ahmad
(Wakil Menteri Pelajaran Malaysia)

Nota: *bersempena Temasya Sukan Tahunan ini, SKTSA cuti pada 6 April 2009 (Isnin).

01 April, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) GOMBAK 2009

(I) Ujibakat dan Pemilihan 5 Kumpulan Nasyid Terbaik
Untuk Semua Sekolah Daerah Gombak

Tarikh: 25 Mac 2009
Hari: Rabu
Tempat: Dewan SK Klang Gate
Pencapaian: D'Ehsan telah berjaya ke akhir

(II) Pertandingan Nasyid Akhir
Tarikh: 31 Mac 2009
Hari: Selasa
Tempat: Dewan SMK Sg. Pusu
Pencapaian: JOHAN

D'Ehsan telah berjaya untuk kali ke-4 (berturut-turut dari 2006) mewakili Gombak ke MTQ Negeri Selangor.
Semoga pada 2009 ini, D'Ehsan akan berjaya dan cemerlang ke peringkat seterusnya! Moga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan semua pihak.
Amin...
Disertakan rakaman lagu ke2 untuk renungan bersama:
Hakcipta Senikata&Senilagu: Muhammad Yazid bin Sulaiman @ BoOLaNn_2009

Kompang Selawat Daerah Gombak 2009

Tarikh: 26 Mac 2009
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pg
Tempat: Kuarters Institusi Pendidikan, Gombak Utara
Jurulatih: En. Muhammad Yazid bin Sulaiman &

En. Zamzary Axmal bin Rahaman

Pencapaian: NAIB JOHAN Kompang Selawat Gombak 2009

Dengan berbekalkan latihan sehari, murid-murid ini telah menyahut cabaran jurulatihnya untuk turut menyertai pertandingan. Dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka, Kumpulan Kompang Selawat SK Taman Samudra telah berjaya menjadi Naib Johan untuk tahun kedua.
Syabas dan tahniah!

09 March, 2009

UJIAN BULAN KALI PERTAMA, Mac 2009

Tahap I (Murid Tahun 1, 2 & 3)

(1) Tarikh: 10 Mac 2009 (Selasa)
2.30 - 3.30 ptg / BM Pemahaman
4.30 - 5.30 ptg / BM Penulisan

(2) Tarikh: 11 Mac 2009 (Rabu)
2.30 - 3.30 ptg / Bahasa Inggeris
4.30 - 5.30 ptg / Pend. Islam / Moral

(3) Tarikh: 12 Mac 2009 (Khamis)
2.10 - 3.25 ptg / Matematik
4.30 - 5.30 ptg / Bahasa Arab

(4) Tarikh: 13 Mac 2009 (Jumaat)
2.30 - 3.30 ptg / Sains
4.30 - 5.30 ptg / Ejaan-BM
5.30 - 6.30 ptg / Spelling-English

Tahap II (Murid Tahun 4, 5 & 6)

(1) Tarikh: 10 Mac 2009 (Selasa)
8.10 - 9.25 pg / BM Penulisan
9.40 - 10.30 pg / BM Pemahaman
11.00 - 12.15 thri / Sains

(2) Tarikh: 11 Mac 2009 (Rabu)
8.10 - 9.25 pg / Bahasa Inggeris 2
9.50 - 10.40 pg / Bahasa Inggeris 1
12.00 - 1.00 ptg / Pend. Islam / Moral

(3) Tarikh: 12 Mac 2009 (Khamis)
8.00 - 8.40 pg / Matematik 2
9.00 - 10.00 pg / Matematik 1
12.00 - 1.00 ptg / Bahasa Arab

(4) Tarikh: 13 Mac 2009 (Jumaat)
8.00 - 9.00 pg / Kajian Tempatan
9.10 - 10.10 pg / Pend. Sivik & Kewarganegaraan

03 March, 2009

Ceramah POLIS

Tarikh: 3 Mac 2009
Hari: Selasa
Masa: 11 pg
Tempat: Dewan Seminar, SKTSA
Kumpulan Sasaran: Murid-Murid SKTSA
Penyampai: 
Sarjan Guru, Ketua Polis Balai Batu Caves, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak


27 February, 2009

Seminar / Teknik Menjawab Soalan

(1) Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris UPSR
Tarikh: 25 Februari 2009
Penceramah Jemputan: Pn. Hjh. Zalijah binti Mohd Nor,
Jurulatih Utama Bahasa Inggeris
Jabatan Pelajaran Selangor
(2) Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR
Tarikh: 27 Februari 2009
Penceramah: En. Mohd Azuan bin Azizan
Guru Matematik SK Taman Samudra
(3) Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR
Tarikh: 24 Mac 2009
(4) Teknik Menjawab Sains UPSR
Tarikh: 26 Mac 2009
Penceramah: En. Mohd Adnan bin Sulaiman
Ketua Panitia Sains SK Tmn Samudra

26 February, 2009

Third Place - Gombak Story Telling Competition

Date: 17 February 2009
Place: SK (2) Seri Gombak
Level: District

Story Title: 'Wendy, The Only Child'
Story Teller: MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLAN (5 Ibnu Sina)
Guider: Pn. Thamaianthee a/p Gnanasundaram

18 February, 2009

HARI PELANTIKAN PENGAWAS SKTSA 2009

Tarikh: 16 Februari 2009
Hari: Isnin
Masa: 8.00 pg
Tempat: Tapak Perhimpunan SKTSA
Disempurnakan oleh: Pn. Malinda binti Zainal, NYDP PIBG

Ketua Pengawas: Zubayr bin Zubaidi (6 Ibnu Sina)
Pen. Ketua Pengawas: M. Khairul Asyraf bin Suaimi (6 Ibnu Sina)

Guru Disiplin: Semua Guru SKTSA adalah Guru Disiplin

12 February, 2009

GEMPAR...!

Tragedi tragis yang berlaku di hadapan pintu pagar utama SKTSA,
pada 12 Februari 2009
ketika waktu pulang sesi pagi,
kira-kira pukul 1.15 petang,

Syukur, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku!
Kombinasi 'mantap' antara guru,bapa dan masyarakat setempat berjaya menenangkan kembali situasi. Syabas!

Moga Allah S.W.T. melindungi warga SKTSA khasnya daripada sebarang mala petaka..Amin!

Saksikan rakaman ini:

24 January, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTSA KALI KE-15

Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pg 
Tempat: Dewan Seminar SKTSA

Beberapa usul yang akan dibentang dan dibahaskan:
1. Prestasi Akademik 

1.1 Penilaian semula format baru murid-murid yang berbeza pencapaian akademik ditempatkan dalam kelas yang sama.

1.2 Mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid.

2.Sekolah, Prasarana, Kebajikan

2.1 Mengadakan sekolah satu sesi.

2.2 Mengadakan program kutipan wang bagi menambah dana PIBG seperti Program Sihathon,Bacathon,Ceriathon dan Hari Kantin.

2.3 Mewujudkan bayaran sumbangan kepada PIBG sebanyak RM 25.00 seperti tahun sebelumnya.

2.4 Persetujuan ibu bapa agar sumbangan PIBG dapat disalurkan  pada aktiviti sekolah seperti sukan tahunan, perkhemahan dan program motivasi.

2.5 Guru-guru sepatutnya tidak melarang murid-murid pergi ke tandas terutamanya selepas waktu rehat.

2.6 Pihak sekolah perlu benarkan murid sesi petang pulang lebih awal sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2.7 Mewujudkan makmal dan kemudahan komputer untuk digunakan oleh murid-murid.

2.8 Pihak sekolah boleh menerima pakaian, kasut,beg dan lain barangan terpakai untuk disumbangkan kepada murid-murid yang memerlukan.

2.9 Pihak sekolah perlu tamatkan waktu persekolahan pada hari Rabu pada jam 1.30 petang dan bukannya pada jam 2.00 petang kerana ramai murid perlu menghadiri sekolah agama yang bermula pada jam 2.30 petang.

2.10 Kemudahan tandas untuk pelajar tidak disediakan.

2.11 Perlu diteruskan projek prasarana iaitu gelanggang bola tampar yang masih tergendala sebab projek itu telah pernah dipersetujui untuk dilaksanakan sejak tahun 2006.

2.12 Meneruskan pemberian sumbangan penghargaan kepada murid yang berjaya dalam ko-kurikulum khasnya iaitu RM50 seorang murid jika murid tersebut berjaya mewakili daerah dan RM100 jika murid berjaya ke peringkat seterusnya; mewakili negeri. Keputusan ini telah dipersetujui sejak 2006, tetapi tidak dilaksanakan!

3.Keselamatan & Kebersihan

3.1 Persetujuan ibu bapa menggunaan dana PIBG bagi tujuan keceriaan sekolah seperti penyediaan poster,sepanduk dan bahan maklumat.

3.2 Menaiktaraf laluan pejalan kaki di sepanjang jalan yang menghubungkan sekolah dan taman perumahan.

3.3 Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas; ada yang pasif dan hanya duduk diam di dalam pondok.

Ujian Pengesanan dan PMD

1) UJIAN PENGESANAN UPSR Murid Tahun 6

Tarikh: 21 - 22 Januari 2009
(dijalankan untuk mengesan tahap pemahaman dan akademik murid Tahun 6 setakat Januari 2009)

2) PROGRAM MAJU DIRI (PMD)

Tarikh: 21 - 23 Januari 2009 
(dijalankan selepas waktu rehat, merupakan program berunsurkan motivasi kendiri yang dilaksanakan untuk semua murid berpandukan modul yang dibekalkan)

17 January, 2009

Hari Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru-Guru Tahun 6

Bisanya kenal jadi tahu,
Muafakat dapat disatu,
Ke arah matlamat satu,
Jaya anak, gemilang dituju...

Tarikh: 18 Januari 2009
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pg - 12.30 tghari
Tempat: Dewan Seminar, SKTSA
Konsep: Majlis Perasmian, Penerangan Program &
Sesi Dialog
Sasaran: Semua Ibu Bapa Penjaga Murid Tahun 6 SKTSA

Merentas Desa Peringkat SKTSA 2009


Berlari berkejaran..kemenangan!

Tarikh: 17 Januari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pg - 11.00 pg
Tempat: Trek merentas desa sejauh 2.3 km sekitar Taman Samudra
Murid Sasaran: Murid Tahun 4, 5 dan 6 SKTSA

01 January, 2009

SK TAMAN SAMUDRA ke 'azam baru'...

Selamat tinggal 1429 Hijriah, selamat datang 1430
2008 pergi pelbagai memori, 2009 kini akan dijelajahi...

Antara yang terindah..

KENANGAN (1):
Cemerlang dalam ko-kurikulum -
a) Johan Bola Tampar Daerah Gombak dan Negeri Selangor Bawah 12 dan Bawah 10 Tahun
b) Johan MTQ Nasyid Daerah Gombak dan Ke3 Negeri Selangor
c) Cemerlang dalam Bola Baling, Hoki dan sebagainya

KENANGAN (2):
Pemergian mereka dikenang -
a) En. Mohd Nokman bin A.Karim
b) Pn. Normalina binti Mat
c) Pn. Farida Rena binti Ridzwan Ash
d) Cik Fadilah binti Senapi
e) Pn. Yus Asima binti Man
f) Pn. Azizah binti Baharom
g) dan semua yang telah menyemai bakti dan budi di SKTSA (SKUE)

KENANGAN (3):
Kejatuhan berhikmah, perlu perjuangan dan keikhlasan untuk perubahan -
UPSR 2008
- Bil sebenar calon 147
- Bil murid mengambil UPSR 146
- Calon mendapat 5A = 11
- Peratus kelulusan = 61%
- Peratus lulus mengikut mata pelajaran:
i) BM Pemahaman = 90.4%
ii) BM Penulisan = 87.7%
iii) Bahasa Inggeris = 75.7% (3 calon xhadir)
iv) Matematik = 70.5%
v) Sains = 77.1% (3 calon xhadir)

Ayuh semua warga budiman,
Usaha dipadu bergandingan,
Agar dikecapi kegemilangan,
Dalam naungan keredhaan,
Selamanya...