1.1 Penilaian semula format baru murid-murid yang berbeza pencapaian akademik ditempatkan dalam kelas yang sama.
1.2 Mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid.
2.Sekolah, Prasarana, Kebajikan
2.1 Mengadakan sekolah satu sesi.
2.2 Mengadakan program kutipan wang bagi menambah dana PIBG seperti Program Sihathon,Bacathon,Ceriathon dan Hari Kantin.
2.3 Mewujudkan bayaran sumbangan kepada PIBG sebanyak RM 25.00 seperti tahun sebelumnya.
2.4 Persetujuan ibu bapa agar sumbangan PIBG dapat disalurkan pada aktiviti sekolah seperti sukan tahunan, perkhemahan dan program motivasi.
2.5 Guru-guru sepatutnya tidak melarang murid-murid pergi ke tandas terutamanya selepas waktu rehat.
2.6 Pihak sekolah perlu benarkan murid sesi petang pulang lebih awal sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2.7 Mewujudkan makmal dan kemudahan komputer untuk digunakan oleh murid-murid.
2.8 Pihak sekolah boleh menerima pakaian, kasut,beg dan lain barangan terpakai untuk disumbangkan kepada murid-murid yang memerlukan.
2.9 Pihak sekolah perlu tamatkan waktu persekolahan pada hari Rabu pada jam 1.30 petang dan bukannya pada jam 2.00 petang kerana ramai murid perlu menghadiri sekolah agama yang bermula pada jam 2.30 petang.
2.10 Kemudahan tandas untuk pelajar tidak disediakan.
2.11 Perlu diteruskan projek prasarana iaitu gelanggang bola tampar yang masih tergendala sebab projek itu telah pernah dipersetujui untuk dilaksanakan sejak tahun 2006.
2.12 Meneruskan pemberian sumbangan penghargaan kepada murid yang berjaya dalam ko-kurikulum khasnya iaitu RM50 seorang murid jika murid tersebut berjaya mewakili daerah dan RM100 jika murid berjaya ke peringkat seterusnya; mewakili negeri. Keputusan ini telah dipersetujui sejak 2006, tetapi tidak dilaksanakan!
3.Keselamatan & Kebersihan
3.1 Persetujuan ibu bapa menggunaan dana PIBG bagi tujuan keceriaan sekolah seperti penyediaan poster,sepanduk dan bahan maklumat.
3.2 Menaiktaraf laluan pejalan kaki di sepanjang jalan yang menghubungkan sekolah dan taman perumahan.
3.3 Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas; ada yang pasif dan hanya duduk diam di dalam pondok.
No comments:
Post a Comment