24 January, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTSA KALI KE-15

Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pg 
Tempat: Dewan Seminar SKTSA

Beberapa usul yang akan dibentang dan dibahaskan:
1. Prestasi Akademik 

1.1 Penilaian semula format baru murid-murid yang berbeza pencapaian akademik ditempatkan dalam kelas yang sama.

1.2 Mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid.

2.Sekolah, Prasarana, Kebajikan

2.1 Mengadakan sekolah satu sesi.

2.2 Mengadakan program kutipan wang bagi menambah dana PIBG seperti Program Sihathon,Bacathon,Ceriathon dan Hari Kantin.

2.3 Mewujudkan bayaran sumbangan kepada PIBG sebanyak RM 25.00 seperti tahun sebelumnya.

2.4 Persetujuan ibu bapa agar sumbangan PIBG dapat disalurkan  pada aktiviti sekolah seperti sukan tahunan, perkhemahan dan program motivasi.

2.5 Guru-guru sepatutnya tidak melarang murid-murid pergi ke tandas terutamanya selepas waktu rehat.

2.6 Pihak sekolah perlu benarkan murid sesi petang pulang lebih awal sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2.7 Mewujudkan makmal dan kemudahan komputer untuk digunakan oleh murid-murid.

2.8 Pihak sekolah boleh menerima pakaian, kasut,beg dan lain barangan terpakai untuk disumbangkan kepada murid-murid yang memerlukan.

2.9 Pihak sekolah perlu tamatkan waktu persekolahan pada hari Rabu pada jam 1.30 petang dan bukannya pada jam 2.00 petang kerana ramai murid perlu menghadiri sekolah agama yang bermula pada jam 2.30 petang.

2.10 Kemudahan tandas untuk pelajar tidak disediakan.

2.11 Perlu diteruskan projek prasarana iaitu gelanggang bola tampar yang masih tergendala sebab projek itu telah pernah dipersetujui untuk dilaksanakan sejak tahun 2006.

2.12 Meneruskan pemberian sumbangan penghargaan kepada murid yang berjaya dalam ko-kurikulum khasnya iaitu RM50 seorang murid jika murid tersebut berjaya mewakili daerah dan RM100 jika murid berjaya ke peringkat seterusnya; mewakili negeri. Keputusan ini telah dipersetujui sejak 2006, tetapi tidak dilaksanakan!

3.Keselamatan & Kebersihan

3.1 Persetujuan ibu bapa menggunaan dana PIBG bagi tujuan keceriaan sekolah seperti penyediaan poster,sepanduk dan bahan maklumat.

3.2 Menaiktaraf laluan pejalan kaki di sepanjang jalan yang menghubungkan sekolah dan taman perumahan.

3.3 Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas; ada yang pasif dan hanya duduk diam di dalam pondok.

Ujian Pengesanan dan PMD

1) UJIAN PENGESANAN UPSR Murid Tahun 6

Tarikh: 21 - 22 Januari 2009
(dijalankan untuk mengesan tahap pemahaman dan akademik murid Tahun 6 setakat Januari 2009)

2) PROGRAM MAJU DIRI (PMD)

Tarikh: 21 - 23 Januari 2009 
(dijalankan selepas waktu rehat, merupakan program berunsurkan motivasi kendiri yang dilaksanakan untuk semua murid berpandukan modul yang dibekalkan)

17 January, 2009

Hari Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru-Guru Tahun 6

Bisanya kenal jadi tahu,
Muafakat dapat disatu,
Ke arah matlamat satu,
Jaya anak, gemilang dituju...

Tarikh: 18 Januari 2009
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pg - 12.30 tghari
Tempat: Dewan Seminar, SKTSA
Konsep: Majlis Perasmian, Penerangan Program &
Sesi Dialog
Sasaran: Semua Ibu Bapa Penjaga Murid Tahun 6 SKTSA

Merentas Desa Peringkat SKTSA 2009


Berlari berkejaran..kemenangan!

Tarikh: 17 Januari 2009
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pg - 11.00 pg
Tempat: Trek merentas desa sejauh 2.3 km sekitar Taman Samudra
Murid Sasaran: Murid Tahun 4, 5 dan 6 SKTSA

01 January, 2009

SK TAMAN SAMUDRA ke 'azam baru'...

Selamat tinggal 1429 Hijriah, selamat datang 1430
2008 pergi pelbagai memori, 2009 kini akan dijelajahi...

Antara yang terindah..

KENANGAN (1):
Cemerlang dalam ko-kurikulum -
a) Johan Bola Tampar Daerah Gombak dan Negeri Selangor Bawah 12 dan Bawah 10 Tahun
b) Johan MTQ Nasyid Daerah Gombak dan Ke3 Negeri Selangor
c) Cemerlang dalam Bola Baling, Hoki dan sebagainya

KENANGAN (2):
Pemergian mereka dikenang -
a) En. Mohd Nokman bin A.Karim
b) Pn. Normalina binti Mat
c) Pn. Farida Rena binti Ridzwan Ash
d) Cik Fadilah binti Senapi
e) Pn. Yus Asima binti Man
f) Pn. Azizah binti Baharom
g) dan semua yang telah menyemai bakti dan budi di SKTSA (SKUE)

KENANGAN (3):
Kejatuhan berhikmah, perlu perjuangan dan keikhlasan untuk perubahan -
UPSR 2008
- Bil sebenar calon 147
- Bil murid mengambil UPSR 146
- Calon mendapat 5A = 11
- Peratus kelulusan = 61%
- Peratus lulus mengikut mata pelajaran:
i) BM Pemahaman = 90.4%
ii) BM Penulisan = 87.7%
iii) Bahasa Inggeris = 75.7% (3 calon xhadir)
iv) Matematik = 70.5%
v) Sains = 77.1% (3 calon xhadir)

Ayuh semua warga budiman,
Usaha dipadu bergandingan,
Agar dikecapi kegemilangan,
Dalam naungan keredhaan,
Selamanya...